cuT2 Malaysia!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, July 30, 2012

BEZA TUALA WANITA DULU DAN KINI


ASSALAMUALAIKUM WBT ..... 


Jika kita kembali kepada zaman dahulu, ibu-ibu kita, semasa masih muda, nenek dan moyang wanita kita tidak kenal akan tuala wanita yang semakin rancak di pasaran kerana mereka hanyalah memakai tuala “good morning”, tuala mandi yang dikoyak kecil dan kain batik sebagai alas. Aku yang mengetahui fakta agung ini pada mulanya juga tergelak kerana agak mustahil untuk berbuat begitu. Tetapi setelah aku menekuni akan hikmah di sebalik sesuatu itu, lihatlah ibu-ibu kita, nenek dan keturunan di atas sana, mereka terhindar daripada penyakit berbahaya kerana tidak memakai bahan kimia ketika datang bulan dan mereka melahirkan ramai zuriat buat penyambung ummat di atas muka ini!
Mungkin sukar untuk diterima dengan kenyataan ini, selain penyakit berbahaya, ramai wanita sekarang susah mendapat zuariat juga kerana tuala wanita. Begitu hebatkah tuala wanita moden ini sehingga berjaya memandulkan seorang wanita? Ya, lihatlah betapa ramainya wanita yang mengadu di blog dan website yang berkaitan sakit puan, penjualan herba dan banyak lagi kerana gagal memberi zuriat kepada sebuah keluarga yang dibina. Sedih? Memang sedih!!

Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.

Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.
Zaman sekarang ni, kaum wanita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kaum hawa dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bahan-bahan yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya nampak kesan sampingan.
Sebagai pengguna yang mementingkan kesihatan, pemilihan produk yang berkualiti amat dititikberatkan agar memperolehi kesejahteraan hidup yang berpanjangan.  Saya tidak memaksudkan yang tuala wanita yang terdapat di pasaran adalah tidak bagus untuk digunakan. Apa yang saya cuba terangkan adalah, kita memerlukan produk yang boleh “recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.

CARA PEMBUATAN TUALA WANITA BIASA




Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa tentang kandungan sebenar yang terdapat di dalam sanitary pad ini. Memang la, bukan kerja kita untuk kaji lebih mendalam pun bagaimana pembuatan tuala wanita pakai buang ni. Kita hanya pengguna yang mendapat servis sahaja. Jadi saya akan berkongsi dengan anda tentang tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang.
Pulpa kayu, dari hitam sehingga menjadi putih gebu

Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Nak tukar dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih adalah menggunakan agen peluntur yang kuat termasuklah yang dipanggil Klorin. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada yang tertinggal pada serbuk kayu tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Apabila kesemua proses telah selesai, syarikat-syarikat tuala wanita akan mengambil bekalan tersebut untuk dipatenkan sehingga menjadi tuala wanita yang ada sekarang. Kalau di dalam televisyen, di dalam iklan tuala wanita yang menceritakan tentang design terbaru, bentuk yang fleksibel dengan aliran udara dan bermacam-macam lagi. Sama juga dengan lampin bayi pakai buang yang dijual di pasaran serta lampin orang tua. Konsep dan cara pembuatan adalah lebih kurang sama


Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
hmmm..anda tahu x??kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen,agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai-buang di pasaran. Kertas buangan termasuklah kertas kitar semula, kertas tebal, kotak, tuala wanita terpakai dan pulpa kayu. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan melalui proses pelunturan berklorin dan menghasilkan sejenis toksik dinamakan DIOKSIN. Kesan ketoksidan DIOKSIN amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding Arsenic. Ia juga digelar sebagai TOKSIN YANG PALING KUAT pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.


Bagaimana Dioksin boleh meresap ke dalam rahim??

Darah haid yang keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau bukan kain kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksin yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksin. Ia akan mengelakkan daripada masalah jangkitan, alahan, gatal atau ruam. Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksin yang dinamakan dioksin akan dibebaskan melalui sistem pemeluapan. Dioksin akan diserap kedalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai ke ovari melalui tiup filopian.

Kalau anda nak buktikan sendiri, anda ambil pad anda..Anda buka bungkusannya, koyak bahagian tengah dan tarik keluar 'KAPAS PALSU' dan rasai dengan jari2 anda. Bukan kapas kan???Itu sebenarnya kertas kitar semula, pad kitar semula yang diputihkan dengan KLOROX dan dilembutkan dengan SOFTLAN...errkk..saya pon terkejut, lerai bila diramas2..kat plastik pembungkus state 100% kapas..tapi menipu jek lebih. Yerla, sape pernah korek isi perot pad tue kan?? Saya pon tak pernah..taw pakai jek.
Lagi 1 perkara penting..jgn la seronok sgt beli pad yag packed double dengan tawaran harga murah sbbnya pad2 tue dah expired. hAa..dahla pad tu beracun..expired lak, agak2nya lah kan...apa kesan pakai pad expired??eii..tak boleh nk bayangla..ngeri!!!!

Sumber rujukan :
i)             Cara pembuatan tuala wanita biasa (internet)
ii)            Beza wanita dulu dan kini pada tuala wanita (internet)
iii)           Tuala wanita vs tuala Good morning <beza wanita dulu dan sekarang> (internet)
iv)           Sejarah tuala wanita pakai buang (internet)
v)            Gambar sumber surat khabar Berita Harian
“Tuala wanita punca barah pangkal rahim”




PM me jika mau cuba kelebihan pad ini :)